Saturday, 9 January 2016

Apple Sedang Bangunkan Fon Telinga Beats Tanpa Wayar Untuk Lengkapkan iPhone 7 Tanpa Bicu Audio

Beberapa laporan sebelum ini telah hadir mengatakan Apple tidak akan menyertakan bicu audio pada iPhone 7 akan datang mereka. Perkara ini menimbulkan reaksi berbeza dikalangan peminat produk Apple. Terkini, laporan baru turut hadir mengatakan Apple sedang menyiapkan aksesori khusus untuk pengguna iPhone, iaitu sebuah fon telinga Beats tanpa-wayar – lebih kurang seperti Moto Hint.

Moto Hint

Apple sering kali memperkenalkan telefon pintar baru mereka sekitar bulan September atau Oktober. Perkara sama dijangka kekal pada tahun ini, dan buat masa ini, Apple dikatakan sedang menguji tiga rekaan berbeza untuk peranti mereka.Fon telinga baru ini akan memerlukan pengecasan menggunakan kerangka khusus dan tidak menggunakan sebarang kabel seperti tawaran Beats masa kini.Untuk melengkapkan pengenalannya, Apple kini dikatakan sedang dalam fasa pembangunan fon kepala baru dibawah Beats – syarikat audio yang telah diambil-alih oleh mereka sebelum ini. Melaluinya, Apple dikatakan sedang membangunkan fon kepala tanpa wayar – lebih kurang seperti Moto Hint, membolehkan pengguna mendengar lagu, menjawab panggilan, dan berkemungkinan besar mengaktifkan Siri.Apple sebelum ini telah diura-ura tidak akan menyertakan sokongan bicu audio pada telefon pintar akan datang mereka, sebaliknya akan memerlukan pengguna menghubungkan fon telinga menggunakan sambungan Ligtning ataupun melalui Bluetooth. Langkah ini dikatakan salah satu kaedah dalam menjadikan telefon berkenaan kekal nipis – dan membolehkan Apple mencuba sesuatu yang berbeza.

Wednesday, 6 January 2016

Bagaimana Ingin Clean Restore iOS 9


Admin lihat ramai yang complain error time donwnload/update iOS 9 ataupun iPhone anda stuck tidak boleh on ataupun stuck dibahagian recovery mode. Ada juga yang kata iPhone mereka menjadi lagg dan loading menjadi lama.

Disini admin akan ajar cara untuk clean restore iOS 9. Cara ini sesuai untuk upgrade dari iOS 6/7/8 ke iOS 9. Cara ini juga sesuai untuk solve masalah yang dialami iPhone 5S yang dikatakan lagg dan loading menjadi lama selepas update melalui OTA ataupun iTunes. Cara ini dipanggil "CLEAN RESTORE".

Admin bukan tidak prefer update iOS melalui OTA (on the air/melalui iPhone) tetapi pada yang inginkan clean iPhone tanpa membawa sebarang bugs dari iOS lama (iOS 6/7/8) boleh menggunakan cara ini.

Peralatan yang diperlukan :-

1) iPhone & Lightning Cable.
2) Laptop/PC yang mempunyai internet connection.

Minta pada yang ingin mengikuti step-step ini tolong backup semua data dan apps di iTunes terlebih dahulu. Selepas selesai backup boleh teruskan kepada step yang seterusnya.

Kepada yang ingin backup lagu atau gambar ataupun ringtone pada laptop/pc anda, anda boleh search 'itools for windows' dan download apps tersebut.

Step untuk fresh restore iOS 9 :-

1. Download ipsw iOS 9.0.
Link untuk download :- DOWNLOAD DISINI

Sila refer link ini untuk check model iPhone and firmware yg betul sebelum download.
**PERINGATAN : Sila check dahulu model number iPhone anda dan firmware number yg compatible dengan iPhone anda.

Jika salah download firmware akan keluar error "This Firmware Is Not Compatible With This iPhone" semasa restore.

Sila refer pada link ini :- CHECK DISINI

2. Selepas siap download connect iPhone to Laptop/PC.

3. Bukak iTunes.

4. Click pada device.

5. Tekan button "SHIFT" pada keyboard dan click restore (iTunes akan browse file).

6. Cari ipsw iOS 9 yang telah didownload tadi dan click open.

7. Selepas complete iTunes akan keluar option utk 'Set As New iPhone' atau 'Restore From Backup'.

9. Pilih 'Restore From Backup' dan tunggu sehingga selesai proses restore. Perhatian jangan cabut cabel dari Laptop/PC semasa proses restore dijalankan.

10. Selesai

Selamat mencuba


Tutorial